Saya tidak menulis dalam blog ini beberapa minggu lepas kerana isu utama sekitar dua minggu lepas ialah tentang pilihanraya. Saya bukan penganalisa politik, seperti yang didakwa ramai orang sekarang untuk membolehkan mereka muncul dalam media-media terutama TV, tetapi saya meminati politik, apatah lagi ketelusan dan moral berpolitik dalam politik nasional.
Hasilnya saya hanya banyak melayarai internet kerana dahagakan maklumat piliharaya yang gagal diberikan oleh media arus perdana. Laman dan bog-blog popular benar-benar menyibukan saya untuk mengunyah dan menganalisa idea-idea orang lain.
Pilihanraya sudah tamat dan pilihan rakyat telah jelas; dan lagi bersuluh!
Banyaklah personaliti sour grape muncul dengan teori pilihanraya dan remedi kepada pihak yang kalah.
Antara yang lantang tentulah Tun Mahathir. Dengan penuh hormat akan kebolehan dan jasa beliau, saya juga tidak boleh mengabaikan dan lupa apa yang di tulis oleh Tunku Abdul Rahman (Looking Back 1977) tentang Tun Mahathir.
...Kata Tunku (terjemahan bebas saya) .... Apabila Penjajahan jepun berakhir, Md Segara ingin sangat-sangat menjual bukit Choras kepada saya. Saya memberitahu dia saya tidak mempunyai wang, tetapi jika dia mahu menerima satu bendela (gulung) kain putih sebagai ganti duit bolehlah saya membelinya. Dia bersetuju dan dengan menukar satu bendela kain putih ( yang sangat berharga ketika zaman Jepun - terutama untuk mengkafan mayat. pertj.) saya mendapat sebuah bukit kecil dengan keluasan 4 1/2 ekar.
Kemudian saya membina sebuah buglow kecil dan menanam pokok buah-buahan yang masih ada sehingga hari ini. Tetapi dalam pilihanraya tahun 1969, Calon UMNO untuk Kota Setar Selatan telah kalah kerana hilang sokongan pengundi tempatan. Saya memutuskan menjual bukit itu dan tidak mahu ke sana lagi. Saya memang tidak pernah menjejak kaki ke tempat itu lagi.
Orang yang bertanggungjawab menyebabkan saya kehilangan bukit saya itu ialah Dr Mahathir bin Mohamed Iskandar (Tuanku 1977;hal. 277).
Kekesalan Tun Mahathir dan kelantangannya menuntut Pak Lah berundur ialah ulang tayang kekecewaan Tuanku terhadap Tun Mahathir.
Benarlah kata penyair dulu (dipetik dari Al Attas 1972) ....Sifat sejarah, menurut orang; ibarat pentas bermain wayang; Cheritera lampau dihurai dalang; pabila tamat tammat segera diulang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
YB Mukriz juga mengulangi sejarah dengan menulis surat (terbuka) kepada Pak Lah sebagaimana Tun Mahathir menulis surat terbuka kepada Tuanku selepas kekalahan Perikatan pada tahun 1969
Catat Ulasan