Sungguh, saya tak rasa filem ini penting dari segi kandungan tetapi bagi saya ia penting dalam konteks hubungan dunia/umat Islam dengan dunia Barat/Kristian.
Kepada mereka yang belum preview dan nak tahu filem ini tentang apa, sesungguhnya memadai jika membaca rencana tentang "fitna" dalam Wikipedia.
Dalam hiruk pikuk NGO dan organisasi politik mengkritik pembikinnya Geert Wilders, saya meluangkan masa menontonnya dalam Youtube. Ia hanyalah sebuah dokumentari yang mesejnya tidak jauh berbeza dari idea-idea Salman Rushdie ,Hirsi Ali dan lain-lain. Cuma kali ini ia dalam bentuk audio visual dan diwar-warkan ala-ala filem Hollywood berbulan sebelum ia dilancarkan.
Gaya persembahannya ala-ala tekstual study; bersandarkan kepada ayat-ayat al Quran, seolah-olah ia berasaskan fakta-fakta sahih. Tetapi beberapa hari ia ditayangkan pelukis kartun Denmark mendakwa G. Wilders menciplak hasil usahanya. Begitu juga seorang wartawan yang menemubual Theo Van Gogh, pembikin filem yang dibunuh ekstremis, mendakwa hasil kerjanya diciplak Wilders.
Mesej Wilders seperti propagandis dan orientalis anti Islam lain sangat klise (sedia maklum) iaitu Islam dipotretkan sebagai agama yang tidak bertoleransi terhadap penganut agama lain, Islam anti simetik/Yahudi, Islam (seperti yang di ajarkan di Belanda) tidak sesuai dengan zaman dll.
Pendapat saya...Ya saya setuju filem ini adalah fitnah kepada Islam. Cuma dalam menangani isu ini saya tidak seghairah aktivis yang lain. Mungkinkah saya dah tidak se energetik dulu?. Tetapi my conscience in very clear, filem itu adalah tindakan yang bodoh tolol dan sombong Wilders.
Tetapi saya tidak fikir memboikot dan konfrantasi berdepan memberi faedah kepada kedua-dua pihak; Islam dan Kristian. Saya lebih percaya dialog secara terbuka dan berdasarkan ilmu antara tamadun dan agama adalah penyelesaian terhadap kemelut ini. Wilders dan mereka yang sewaktu dengannya akan terus muncul dan mungkin medianya akan lebih canggih.
Episod Fitna ini juga menuntut orang Islam menjangkau media-media popular termasuklah internet untuk menyatakan idea dan sikap mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan