Isnin, 31 Mac 2008

Koleksi saya

Ketika bermastautin selama 10 tahun di Terengganu saya berkesempatan bertemu dengan seorang seniman Melayu sejati. Dia adalah pemuzik, antara beberapa orang yang boleh dibilang dengan jari di Terengganu yang terbaik bermain serunai silat, pemain gendang anak dan juga gendang ibu, peniup seruling yang tiupannya meruntun jiwa. Dia tukang rumah dan juga seorang pengukir dan tukang/pandai besi. Ketelitiannya terselerlah ketika mengukir sarung pisau dan golok dan menempa mata pisau.
Selalunya seniman Melayu dikatakan hanya seorang peniru(?); membuat semula karya yang mereka pelajari dari seniman awal, tetapi tidak dalam kes seniman ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan dia juga seorang inovator. Hasil kerjanya seperti mesin menarik gewang(lure) yang kini sangat popular di kalangan nelayan menangkap tenggiri di laut China Selatan adalah inovasi yang mengkagumkan dari bahan-bahan kitar semula.
Saya sempat mengumpul beberapa pisau atau golok yang sarungnya dan ada yang matanya juga ditempa oleh seniman muda ini. Pisau inilah yang selalu saya gunakan dalam majlis-majlis Qurban dan aqiqah. Di paparkan di bawah antara beberapa koleksi hasil kerja seniman ini dan saya akan cuba memuatkan semua dalam blog ini beransur-ansur.
Saya juga bercita dan berharap seniman muda ini dapat dijadikan seniman tamu di mana-mana yang sesuai untuk ia mengembang dan menyebarkan kemahiran seninya

Tiada ulasan: