Memaparkan catatan dengan label hikmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hikmah. Papar semua catatan

Isnin, 7 Januari 2008

Pribahasa

Saya terpanggil untuk menulis tentang pribahasa yang kononnya diperbaharui iaitu " Tepuk dada tanya iman".
Ungkapan asalnya ialah " tepuk dada tanya selera" .
Maka ramailah menukarnya kepada "... tanya iman" mungkin dengan andaian ia lebih molek dan islamis. Saya tertanya-tanya adakah masyarakat dahulu begitu naif sehingga membina satu peribasa yang salah. Saya membelek kamus, rupanya kita yang silap. Maksud "selera" dalam peribahasa itu sebenarnya ialah "badan". Maknanya; jika kita menepuk dada (biasanya untuk menunjuk kuat) kita hendaklah bertanya mampukah selera (=badan) kita berlawan.

Kealpaan yang sama juga terhadap peribahasa " bagai melepaskan batuk ditangga" Maknanya difahami serupa oleh semua orang iaiatu orang membuat sesuatu secara sambil lewa tau tidak bersungguh-sungguh. Tapi tafsiran tekstual mungkin jauh larinya. Ramai orang memahami "batuk" sebagai intransitive verb tetapi tekstual asal merujuk kepada batuk atau batok sebagai noun. Batuk yang dimaksudkan ialah tempurung yang digunakan untuk mencebok air, dan kebiasaan orang yang sambil lewa ialaha henya melepaskannya di tangga dan tidak disangkut balik ditempat khas yang disediakan disebelah tempayan air yang akan digunakan untuk membasuh kaki bila naik ke tangga.

Makna... kita selalu mengambil mudah dan jump to the conclusion ikut suka kita. Macam cerita burong botak yang selalu kita dengar itu.

Jumaat, 4 Januari 2008

slogan mudah tetapi berkesan

"Jangan ikut orang, dan jangan harap pada orang". Inilah kata-kata mudah dari seorang sahabat yang saya jumpa semalam dalam lif ketika hendak ke satu mesyuarat. Ungkapan ini sangat benar dalam konteks ketika itu, bila saja beberapa orang masuk dalam lif; semua orang mengharap ada yang menekan punat ke tingkat tertentu. Kerana semua orang harap mengharap lif tak bergerak. Setelah situasi di perbetulkan dan lif bergerak ia berhenti di tingkat 3, orang lain yang nak ke tingkat 4 pun ikut keluar. Sesungguhnya lah jangan ikut orang dan jangan mengharap pada orang. Walaupun nampak slogan/diktum ini sangat anarkis dan individualistik tetapi selalunya ia sangat berguna. Saya sendiri sejak dulu lagi percaya pada satu prinsip "Jangan mengharapkan kebahagian daripada orang lain". Kita perlu berusaha sendiri untuk mendapat apa yang kita inginkan. Kalau kita mengharap kita akan kecewa.
Namun apapun, prinsip ini boleh berubah. Kita akan lebih selamat jika ada ilmu/maklumat yang cukup untuk memberi jalan pada sesuatu yang baru hatta kepada idealisme kita.

Ahad, 23 Disember 2007

jimat masa

Hari ini aku membawa anakku utk membayar yuran pengajiannya. Mekanisme sekarang tentulah lebih canggih iaitu yuran dibayar di bank tertentu; bank Islam. Sampai saja ke sana pukul 10 pg orang dah ramai. Ambil nombor 1188 sedangkan servis kaunter baru nombor 1108. Jika nak tunggu 80 orang lagi mahu sejam ke duajam lamanya. Jalan mudah yang ramai orang takut atau tak tahu nak guna ialah bayar melalui ATM. Semuanya boleh selesai dalam masa 5 minit. Mode pembayaran ini boleh digunapakai untuk bayar yuran hinggalah ke yuran tadika atau sekolah rendah . Ya jimat masa cuma perlu lebih ligat cari parking dan juga lebih mudah jika ada kereta yang kecil.

Sabtu, 22 Disember 2007

padang dan belalang

Kata sohabat saya; Jika kita di padang yang salah, helang yang kecil hanya nampak macam belalang. Manakala jika kita di padang yang betul; di mana tiada helang, belalang yang kecil akan nampak gah seumpama helang.

Walaupun ini hanyalah metafora ketimuran yang sederhana tetapi saya rasa maksudnya lebih besar dari konsep blue ocean vs. red ocean yang diwar-warkan sekarang.

P/s: saya ketagih menulis dalam blog yang baru saya create sebentar tadi. Insyaalah ia akan berterusan.