Selasa, 15 Januari 2008

orientalis 1

PPINK atau Persatuan Pelajar Islam Negeri Kedah yang pernah dipimpin oleh Ust Nikmat Yusof adalah antara organisasi awal yang memperkenalkan saya dengan tokoh-tokoh besar dalam sejarah dunia termasuklah oreintalis Belanda yang terkenal Snouck Hurgronje. Imej tentang oreintalis yang saya perolehi pada tahun-tahun awal kebangkitan gerakan Islam di Malaysia ini ialah imej hitam iaitu mereka yang berniat jahat dan cuba merosakan Islam. Itulah orientalis dan bapak orientalis ini ialah S. Hurgronje. Ungkapan seperti ini popular dalam kalangan aktivis Islam 20, 30 tahun dahulu.
Siapa dan pendekatan oreintalis mana yang membahaya pada Islam bukan isu yang akan saya sentuh di sini, sementelahan pula telah digarap dengan baik oleh Edward Said dalam Orientalism-nya.

Apa yang akan disentuh ialah susuk Hurgronje itu sendiri.
Personaliti ini amat menarik diresensikan. Walaupun jelas sifat opportunist terutama semasa di Mekah demi untuk mendapat akses memasuki tanah haram dan mengkaji tempat suci itu serta kerja buatnya semasa di Aceh sebagai penasihat kepada panglima J.B. van Heutsz yang mengorbankan puluhan ribu rakyat Aceh yang tak berdosa, namun "sumbangan" dan ""keislamannya" menimbulkan tandatanya. Hal ini sekurang-kurangnya berdasarkan satu sumber lisan dan satu lagi buku agak baru tentang beliau oleh orang yang mengenal beliau; anak beliau sendiri.

Melalui allahyarham Ust Wan Mohd. Shagrir, cucu kepada Sheikh Ahmad Fatani, saya mendapat cerita bahawa S. Hurgonje meminta untuk mengikuti kelas Syeikh Ahmad Fatani di Masjidil Haram Mekah. Tetapi kerana ada desas desus bahawa S. Hurgronje atau nama Islamnya ketika itu Abdul Ghafor adalah munafik yang hanya ingin mengintip perlakuan umat islam, Sheikh ahmad fatani keberatan. tetapi setelah didesak berulangkali, syeikh ahmad Fatani bersetuju mengambil S. Hurgronje sebagai muridnya, itupun dengan syarat Hurgronje mengucap di depannya sekali lagi. Hurgronje setuju dan jadilah beliau murid Sheikh Ahmad Fatani walaupun hanya sempat belajar ilmu bayan. Hurgronje di halau dari Hijaz bila agitasi pihakPerancis berjaya membuatkan kerajaan Ottoman ketika itu percaya yang Hurgronje adalah perisik Belanda.
Seperti dihalau dari Hijaz, Hurgronje berlepas ke Aceh dan menjadi penasihat kepada tentera Belanda di Aceh yang ketika itu sibuk dengan Perang Padri. Di Mekah ia menyiapkan bukunya Mekka in the letter part of the 19 century, dan di Aceh terhasil The Achenese

Tiada ulasan: