Keadaan sangat tegang. Walaupun kami tahu pasukan polis ada di luar dan sedang mengepong kami, kami buat-buat tak tahu. Kami mengemas barang-barang kami. Apa sahaja yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan kami nanti kami sembunyikan walaupun tidak tempat yang akan selamat jika rumah teres dua tingkat itu digeledah. Seorang kawan kami naik ke siling dan cuba bersembunyi di sana. Selepas bersedia unttuk menyerah, pintu hadapan rumah dibuka. Apa lagi beberapa anggota polis menyerbu masuk dan dengan keras mengari kami di belakang. Kami semua diheret keluar dari rumah dengan kasar. Aku tak tahu nasib kawanku yang bersembunyi di siling. Yang timbul dalam kotak fikiranku apakah deraan yang akan aku hadapi nanti. Adakah aku sekuat dan setabah mangsa-mangsa tahanan ISA yang telah ditangkap dan menceritakan pengalaman mereka dalam memoir dan buku mereka. Selain di gari di belakang, kaki aku juga dirantai. Seorang anggota polis dengan kasar memijak kaki kanan dan kemudian kaki kiriku supaya aku berhenti. Kemudian dari belakang pelipat paha aku diterjah sehingga aku terduduk di tanah. Ketika aku sedar aku tidak lagi memakai baju dan kepala ku ditutup dengan sehelain kain. Dalam kelam kabut itu aku ternampak kelibat anak-anak ku. Hati aku mula berdebar kuat memikirkan nasib mereka.
Tiba-tiba anak lelakiku yang berusia 5 tahun memanggilku berulang kali, "abah-abah, abah-abah" Hati aku semakin hiba. Aku tidak mahu ia melihat aku digari dan digiring seperti penjenayah. Aku menarik kain yang menutup kepalaku supaya muka aku tidak kelihatan, Aku cuba mengubah cara aku berjalan dengan harapan anakku tak cam ayahnya. Tapi anakku terus memanggil, "abah-abah, abah-abah". Aku semakin resah. Bunyi panggilannya semakin hampir, "abah-abah, abah-abah cerita spongebobs dah nak mula. Aku tergamam. Rupanya aku mimpi. Ya sekarang pukul 5 dan memang ada cerita Spongebobs di TV 9.
Setelah aku benar-benar sedar, aku bertasbih panjang. Mimpiku tadi sangat meyakinkan dan jika tidak diganggu oleh kegilaan anakku terhadap kartun spongebobs tentu ia lebih adventurers.
Selepas terjaga fikiran aku ligat menghafal plot-plot mimpi tadi. Maha kaya Tuhan yang menjadikan makhluk dengan kemampuan imiginasi yang maha hebat ini. Aku cepat-cepat menggingat balik beberapa kosa ilmu tentang mimpi yang pernah aku kumpulkan untuk dijadikan rujukan dalam menulis satu artikel tentang mimpi. Karya S.Freud interpretation of Dream , tafsir mimpi oleh Abu Syir (?), Psikologi Ibn Sina dan beberapa perspektif mimpi mengikut masyarakat asli Australia, Eskimo dan lain-lain antara beberapa sumber yang cuba ku ingati. Ia perlu masa untuk mencari sumber itu semula, membaca dan membuat sintesis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan