Sabtu, 3 Mei 2008

Pemaufakatan Melayu

Kongres Pemaufakatan Melayu yang sedang berlangsung di Johor tidak dapat dapat mengelak daripada pandangan skeptik banyak pihak termasuk saya kerana beberapa sebab. Pertama ia di kemudi oleh GAPENA yang sedia maklum cara fikirnya, kedua; ia dianjurkan selepas kekalahan terburuk parti utama pemerintah, dan sebab yang lebih utama yang menjadikan saya lebih skeptik ialah apakah konsep perpaduan atau pemaufakatan yang hendak dibawa.
Tanpa menafikan perlunya pemaufakatan dalam kalangan umat, tetapi persoalan yang paling asas tetap bagaimanakah bentuk perpaduan itu?
Kita tidak boleh lari dari persoalan konseptual tentang Melayu. Mengikut Prof Naquib, Melayu adalah satu konstruk yang mesti mempunyai tiga unsur utama iaitu; 1. Agama, 2; Bahasa dan 3; nasib politik yang sama. Maknanya kita ada mencapai kesepakatan tentang kemelayuan kita jika kita bertitik tolak dari tiga unsur utama ini.
Liputan akhbar tentang kongres yang disertai berbagai segmen Melayu ini membuat saya tertanya-tanya apakah hala tuju kongres ini? Ada yang menjujung perpaduan budaya dan hanya sekerat-sekerat yang mahukan bahasa Melayu di mertabatkan semula. Mereka yang "menghapuskan" bahasa Melayu dari sistem pendidikan negara adalah sebenarnya yan telah mengugat kekuatan Melayu di negara ini. Lantaran itu mereka dihukum dalam PRU baru-baru ini. Langkah awal mengembalikan sokongan orang Melayu kepada mereka ialah dengan mendaulatkan kembali bahasa Melayu selaras dengan peruntukan 152 perlembagaan Persekutuan. Untuk menguatkan penguasaan bahasa Inggeris janganlah pula bahasa Melayu dilemahkan. Setidak-tidaknya wujudkan situasi menang-menang dalam penguasaan kedua-dua bahasa ini.
Quo Vadis Kongres Permaufakatan Melayu?

1 ulasan:

Abu Muhammad el-Merbawiy berkata...

Assalamualaikum,

Wahai Dr Haji Fisol. Terasa hati tu nak menjengah isu perpaduan Melayu di Johor. Tak jadi pergi. Camana pun ana ikuti melalui media dan rumusan2 dari pelbagai sumber.

Ternyata orang Melayu ini termasuklah yang berkata-kata, bila dah roboh sebahagian benteng dan kota pertahanan baru nak laungkan KETUANAN MELAYU. Mengapa waktu ada peluang dan kuasa TIDAK GARAP SUNGGUH-SUNGGUH PERPADUAN ATAU UKHUWWAH ISLAMIAH DAN ALMALAYUWIYYAH ITU DENGAN INTENSIF DAN BERHABIS-HABISAN.

Atau seminar ini untuk mengembalikan semula simpati rakyat kepada PEKEMBAR sahaja?. Orang lain pun Melayu juga. Apa pun ana cadangkan balik semula kepada penulisan MINDA MELAYU OLEH DR. SIDDIQ FADHIL yang diterbitkan oleh IKD. Dan tak kurang juga buku-buku budayawan yang berbahagia Tuan Aziz Deraman yang banyak mengulas tentang kebudayaan dan keunggulan misi mengenai KETUANAN MELAYU-ISLAM.

Selamat bertandang dan berkomunikasi via blog, sekali pun ana punya ni tak elok sangat. Cadang nak buat yang lebih khusus agar jitu sasaran ilmi dan garapannya. CLICK ON MY NAME, THEN U'LL GET MINE.

TQ

Arau

PERLIS INDERA KAYANGAN.