I
Keindahan, kemanisan belajar agak lewat saya rasai ketika di peringkat undergraduate dulu. Ia hanya hadir ditahun akhir. Ketika in barulah hati melonjak gembira bila dapat A. Sebelumnya saya tak tak kisah dapat A kah, hatta D (lulus paling lemah). Pada tahun akhir inilah saya mula berminat nak membaca secara lebih mendalam akan rujukan-rujukan dan hasil penulisan pensyarah yang mengajar saya sama ada dalam buku atau jurnal. Di tahun akhir juga baru saya menetapkan sasaran belajar iaitu untuk mendapat sekurang-kurangnya 2nd class upper. Bukanlah pula ini bererti masa saya di tahun 1, 2 dan 3 tak belajar langsung atau tak minat terhadap ilmu pengetahuan langsung . Cuma mungkin cara pengkuliahan, isi dan eksplorasi sangat lambat dan cetek bagi saya. Sementelahan pula ketika di tahun 1, 2 dan 3 saya telah mengikuti kuliah Prof Naquib, Prof Kamal Hassan, Dr Sidiq dll. Kuliah dan syarahan mereka benar-benar menghidupkan jiwa - enlighten. Setelah hampir nak graduate barulah saya mula menyedari semua ilmu ada niche dan locus standinya. Pokoknya pelajar sendiri harus terbuka melihat ilmu di depannya itu dengan positif dan objektif. Jika ada perspektif sedemikian barulah seronok nak mengikuti kuliah.II
....Sebagai seorang pensyarah hati kecil saya selalu bertanya apakah yang dimahukan oleh pelajar apabila menghadiri kuliah saya. Walaupun dari segi struktur ataupun kini di panggil OBE semua itu; objektif kursus, apa yang pelajar akan pelajari, cara pengendalian etc., tetapi bagi saya ianya berpusat pada perspektif pensyarah dan bukan berpusat pada pelajar!
Pelajar yang mentah mungkin saja mahu yang mudah, cepat dan result yang bagus tanpa perlu bersusah payah - macam mee segera. Namun hakikatnya jauh di lubuk hati setiap orang pelajar mereka mahukan isi kursus yang dihadiri nampak relevan, hidup dan tidak membosankan. Apa yang mereka dambakan ini bukanlah terlalu demanding. Sebagai pensyarah itu juga hasratnya . Tetapi bagaimanakah cara ?
Pelajar-pelajar saya, beritahu idea anda, bagaimana anda mahu kelas anda dikendalikan
1 ulasan:
setiap pensyarah atau guru mempunyai cara pengajaran yang berbeza. mungkin ada segelintir yang hampir -hampir sama. apa yang diinginkan oleh seorang pelajar adalah sama (seperti ulasan oleh imfisol: jauh di lubuk hati setiap orang pelajar mereka mahukan isi kursus yang dihadiri nampak relevan, hidup dan tidak membosankan).
isi kuliah yang diterangkan perlu diselitkan dengan fakta-fakta atau isu-isu semasa/lalu. atau dengan kata lain 'sesi bercerita'. mungkin ada yang berpendapat seperti saya. mungkin juga tidak. bagaimana pula dengan kuliah yang melibatkan pengiraan matematik? bagaimana cara tersebut boleh diadaptasikan?
susahkan? atau tidak ada kaitannya langsung? maksud saya hanyalah kuliah berbentuk teoritikal. berbalik pada pendapat saya tadi, pelajar berasa bosan/mengantuk/ tidak bersemangat berpunca daripada isi kuliah yang tidak difahami mereka. kalau tak faham kenapa tidak bertanya? sudah tentu pelajar perlu bertanya. tetapi sejauh mana penyelesaian tersebut berhasil? tidak ramai yang ingin bertanya. mengapa tidak pensyarah itu sendiri jelaskan dengan kaitan yang baik. bukan bermaksud inginkan suapan terus dari pensyarah. setidak-tidaknya pelajar akan mula tertarik dengan isi kuliah tersebut. secara tak langsung kelak pelajar akan memberi reaksi positifnya/ lebih terbuka. ada sebabnya pelajar tidak dapat memberi reaksi baik di dalam kelas. tidak faham/ tidak fokus/ tidak dapat meneka apa maksud pensyarah/ tidak tahu atau tidak pernah tahu isu semasa/lalu/ tidak dapat berimiginasi. apa yang diutarakan mungkin telah dilakukan oleh pensyarah/ guru. kenapa pula tidak terlaksana objektifnya?
Catat Ulasan