Ahad, 6 Julai 2008

Untuk Mahasiswa Saya

Selamat mengikuti kursus CTU 553 - Hubungan Etnik. Insyaalah semua maklumat berkaitan kursus ini akan di upload di tetingkap kursus maya ini.

Peranan saya ... Walaupun saya pensyarah bagi kursus ini tetapi saya melihat peranan saya lebih luas. Saya tidak akan mengulang, apatah lagi memuntahkan apa yang sedia ada dalam modul Hubungan Etnik yang mesti saudara/i miliki. Setengah aspek dalam kursus ini telah diikuti lewat kursus sejarah di peringkat sekolah dan (mungkin) dalam kursus PLKN yang setengah daripada anda ikuti.

Sebagai pensyarah bagi kursus ini , saya melihat peranan saya ialah untuk memberi input-input yang akan memberi nilai tambah kepada seorang graduan IPT. Lantaran itu saya akan lebih banyak membawa anecdote, review dan komentar-komentar seputar kursus ini. Semua ini bagi saya adalah litt. review atau kosa ilmu/kajian keperpustakaan yang akan memantapkan keintelektualan seseorang.

Selamat mengikuti kursus ini.

2 ulasan:

fiza berkata...

asssalamualaikum dr.

saya norhafizah binti ab rahim dari kelas ctu 553, fakulti farmasi. saya ingin bertanya mengenai assignment yang di berikan oleh dr. kumpulan saya menerima tajuk asimilasi dalam satu kajian kes. kami bercadang untuk memilih baba dan nyonya sbg main topic. kami sedang meneliti beberapa sumber (internet), tetapi bukan dalam bentuk kajian kes. kebanyakkannya adalah secara umum dan pandangan melalui blog.

masalah yang kami hadapi adalah sekarang, kami kurang faham mengenai skop topik yang diberikan dlm konteks kajian. adakah assignment ini perlu merujuk kajian-kajian yang telah dilakukan? di harap dr dpt menerangkannya dgn lebih jelas. terima kasih.

imfisol berkata...

Norhafizah,

Saya akan terangkan dalam kelas minggu hadapan.