Rabu, 2 April 2008

Buku -Kongsi Gelap Melayu


Dalam sejarah Malaysia, kongsi gelap selalunya sinonim dengan etnik Cina. Kumpulan Ghee Hin dan Hai San antara dua kumpulan kongsi gelap yang sangat berpengaruh dalam abad ke 19 dan 20. Abdullah Munshi juga memberikan naratif yang sangat menarik tentang penyamarannya ke satu sarang kongsi gelap dalam abad ke 19.

Kongsi gelap Melayu hampir tidak pernah di ketahui sehinggalah muncul sebuah buku oleh Mahani Musa (2003) Kongsi Gelap Melayu: Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940an, terbitan MBRAS.

Buku yang memenangi anugerah Mubin Sheppard 2003, memang menarik kerana ia memaparkan satu sisi masyarakat Melayu yang jarang dibincangkan. Kewujudan kumpulan ini berbagai, ada yang kiri dan ada yang kanan; dikenali sebagai bendera putih dan bendera merah . Pengaruh kumpulan agama dalam kongsi gelap ini juga agak ketara. Malah boria yang mula bertapak di Pulau Pinang tidak terlepas dari pengaruh kingsi gelap.


bersambung.....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum w.b.t.

salam perkenalan. saudara, saya telah lama mencari dari mana saya boleh mendapatkan buku ini, selain dari MBRAS(malaysian branch of royal asiatic society)?

saya harap saudara dapat terus menulis sedikit ulasan mengenai buku ini.

email saya: semerahpadi86@gmail.com

kamal berkata...

as'kum,
saya pun dah lama nak mencari buku ni tapi saya tak tau dari mana saya boleh dapatkan buku tersebut,boleh tak saudara tolong berikan maklumat dari mana saya boleh dapatkan buku tersebut.....
harap saudara boleh email kan maklumat ke email saya...
sne2enterprise@gmail.com
t.kasih....

imfisol berkata...

Maaf saudara tak bernama dan sdr Kamal, lama tak menjengok blog sendiri sehingga terlepas nota anda. Buku ini boleh di beli di Pekan Buku Universiti Malaya.

Fisol