Sejarah secara konvensionalnya ialah sejarah politik; iaitu sejarah tentang jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Pendekatan yang lebih menarik kini ialah aliran Fernand Braudel yang menjadikan semua aspek budaya dan cara hidup manusia sebagai sejarah. Ini termasuklah tentang tempat tinggal, amalan pemakanan, tempat tinggal hatta cara gaya kehidupan seksual. Menariknya sejarah bukan lagi sejarah golongan elit dan dicipta oleh orang besar-besar. Semua kita ialah pelaku atau pencipta sejarah. Sejarawan besar seperti K.N Chaudhuri yang menulis tentang sejarah India dan Anthony Reid yang menulis tentang sejarah negeri di bawah angin, antara penulis yang menghasilkan sejarah total yang lebih menarik untuk dibaca.
Sejarawan biasanya orang-orang yang bernama besar, tetapi sebuah buku baru yang diselenggra oleh Daruis Lidin, Dari River Kwai ke Sungai Temboh adalah antara karya menarik yang ditulis oleh orang kecil; Halimi Ibrahim tentang sejarah yang sangat besar. Malaya sebelum pendudukan Jepun, zaman pendudukan Jepun dan pra merdeka. Menarik. Insyaalah review nya akan menyusul
Rabu, 26 Disember 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Sesiapa juga boleh menjadi penulis kecil hatta penulis besar , sejarah kecil atau sejarah besar dengan syarat...dia rajin menulis. Bukankah kejayaan luar biasa itu dicipya oleh orang biasa yang bekerja secara luar biasa.
Alangkah baiknya jika orang-orang disekeliling saya juga luar biasa dorongannya
Catat Ulasan