Rabu, 7 Januari 2009

Apa seronoknya belajar?

I
Keindahan, kemanisan belajar agak lewat saya rasai ketika di peringkat undergraduate dulu. Ia hanya hadir ditahun akhir. Ketika in barulah hati melonjak gembira bila dapat A. Sebelumnya saya tak tak kisah dapat A kah, hatta D (lulus paling lemah). Pada tahun akhir inilah saya mula berminat nak membaca secara lebih mendalam akan rujukan-rujukan dan hasil penulisan pensyarah yang mengajar saya sama ada dalam buku atau jurnal. Di tahun akhir juga baru saya menetapkan sasaran belajar iaitu untuk mendapat sekurang-kurangnya 2nd class upper. Bukanlah pula ini bererti masa saya di tahun 1, 2 dan 3 tak belajar langsung atau tak minat terhadap ilmu pengetahuan langsung . Cuma mungkin cara pengkuliahan, isi dan eksplorasi sangat lambat dan cetek bagi saya. Sementelahan pula ketika di tahun 1, 2 dan 3 saya telah mengikuti kuliah Prof Naquib, Prof Kamal Hassan, Dr Sidiq dll. Kuliah dan syarahan mereka benar-benar menghidupkan jiwa - enlighten. Setelah hampir nak graduate barulah saya mula menyedari semua ilmu ada niche dan locus standinya. Pokoknya pelajar sendiri harus terbuka melihat ilmu di depannya itu dengan positif dan objektif. Jika ada perspektif sedemikian barulah seronok nak mengikuti kuliah.


II

....Sebagai seorang pensyarah hati kecil saya selalu bertanya apakah yang dimahukan oleh pelajar apabila menghadiri kuliah saya. Walaupun dari segi struktur ataupun kini di panggil OBE semua itu; objektif kursus, apa yang pelajar akan pelajari, cara pengendalian etc., tetapi bagi saya ianya berpusat pada perspektif pensyarah dan bukan berpusat pada pelajar!

Pelajar yang mentah mungkin saja mahu yang mudah, cepat dan result yang bagus tanpa perlu bersusah payah - macam mee segera. Namun hakikatnya jauh di lubuk hati setiap orang pelajar mereka mahukan isi kursus yang dihadiri nampak relevan, hidup dan tidak membosankan. Apa yang mereka dambakan ini bukanlah terlalu demanding. Sebagai pensyarah itu juga hasratnya . Tetapi bagaimanakah cara ?

Pelajar-pelajar saya, beritahu idea anda, bagaimana anda mahu kelas anda dikendalikan

Selasa, 6 Januari 2009

Kursus Hubungan Etnik CTU 553

Selamat datang ke blog ini.
Blog ini asalnya untuk "mempatent" buah pikiran baru saya, namun saya juga akan menjadikannya medium perkuliahan dan untuk park dokumen-dokumen dan bahan-bahan yang berkaitan dengan kursus CTU 553. Untuk mengelak blog ini menjadi kusut masai, saya park bahan-bahan yang relevan itu di ruang maya (lihat link di sebelah). Saya akan update dari masa kesemasa..... sabar.

Seperti yang saya sebut dalam semua kuliah awal saya, saya melihat peranan saya sebagai pensyarah untuk kursus ini ialah bukan untuk memuntahkan balik apa yang tertulis dalam tools kursus ini; iaitu modul HE itu, tetapi peranan saya ialah untuk memberi nilai tambah terhadap kursus ini dan ilmu yang akan saudara terima. Idealnya ialah, saya mahu diri saya bila berada di depan kelas ibarat satu portal/gerbang ke ruang ilmu yang lebih besar. Kala nak kata macam Prof serba tahu pun ia juga... walaupun bunyinya macam perli. Kuliah saya akan sarat dengan anekdot-anekdot yang relevan tentang isu-isu hubungan etnik. Saya bukan tersasar sebenarnya, malah mensengajakan memberi maklumat dan pengetahuan baru itu - walaupun kadang-kadang nampak macam lebih dari isi modul HE itu sendiri. Sudah tentu anekdot/kisah saya akan berkisar tentang soal manusia- sejarahnya, persekitaran, invention mereka dan masa depan mereka.
Mengapa saya berbuat demikian? Kerana, reason de'tre yang paling mendasar bagi kursus ini ialah menjadikan kita manusia yang lebih manusiawi - boleh berbaik-baik dengan sesama manusia secara lebih bertamadun.
Jika tidak apakah ertinya kita sebagai pelajar ilmu hubungan etnik (manusia) ini.

Ahad, 14 Disember 2008

Buku Scientology, wajarkah?

Ada persoalan tentang kewajaran meletakan buku L. Ron Hubbard, Scientology 0-8: The books of Basics, di rak perpustakaan kita.

Sebelum saya memberi pandangan saya mungkin kita perlu tahu sedikit sebanyak tentang scientology ini dahulu.
Scientology sering diwar-warkan oleh pemuka dan pengikutnya sebagai sebuah falsafah yang setaraf dengan agama. Mereka mendakwa ajaran baru ini menawarkan satu metodologi yang dapat menolong manusia mencapai kesadaran jiwa melalui pemahaman tentang “thetan” (jiwa) sehingga menjadikan manusia lebih efektif dalam dunia fizikal .

Adakah ia Agama baru atau ajaran sesat?
Scientology mahukan status agama dan hasilnya ada negara dan juga pakar keagamaan leberalis mengiakan Scientology sebagai satu agama. Tetapi Scientology juga kerap didakwa oleh banyak pihak yang berautoriti sebagai sebuah agama palsu, ajaran sesat dan juga satu jaringan perniagaan yang tidak jujur dan mengeksploitasi pengikut-pengikutnya. Scientology menjadi ikutan banyak selebriti popular barat dan juga menjadi faham ataupun ”agama” alternatif kepada golongan ateis. Malah Scientology kini cuba melebarkan pengaruhnya melalui dunia latihan kendiri dan motivasi. Buku Scientology 0-8: The books of Basics adalah satu contoh usaha ini.

Jika Scientologi ini cukup kalut maka wajarkah buku ini berada dalam perpustakaan kita?

Perpustakaan adalah satu portal keilmuan dan dasarnya ialah bersikap terbuka terhadap semua bahan-bahan ilmu. Maka dalam perpustakaan kita ada buku tentang Marxism, neo-marxisme, sosialisme, buku-buku tentang agama-agama besar dunia sampailah kepada buku neo-sufi yang meragukan; seperti buku-buku Idries Shah.

Mengharamkan buku ini tidak menyelesaikan masalah kerana maklumat tentang Scientology mudah diakses melalui internet dan tidak signifikan kita melarangnya berada dalam rak-rak buku perpustakaan kita. Kecualilah jika ada kuasa legalistik seperti ianya diharamkan oleh KDN, barulah kita tiada pilihan selain daripada mengeluarkannya dari rak buku perpustakaa kita.Pun begitu setengah perpustaakaan (contohnya UKM) mempunyai koleksi khas buku yang diharamkan dan aksesnya ialah melalui kebenaran pustakawan.

Ada sesuatu yang boleh dipelajari dari buku seperti ini. Pendekatan dan skima buku ini boleh dijadikan rujukan ataupun diadaptasi untuk menghasilkan buku-buku dan rujukan yang lebih berkesan dan sesuai dengan agama dan budaya kita. Tetapi sayarat utama ialah kita memahami akar kita dahulu dan membaca buku dari tradisi lain dengan penuh kesadaran dan kritis. Selama inipun kita membaca buku Norman Vincent Peale, The Power of Positive Thinking yang menjadi bahan bacaan motivasi popular walaupun ilmunya belatarkan agama Kristian.

Buku dari tradisi lain juga menghasilkan banyak karya-karya besar terutama dalam bidang motivasi misalnya Buku 7 Habits oleh Covey banyak melatari Buku ESQ oleh A. Ginanjar dan lain-lain ahli motivasi Islamis. Begitu juga tradisi psiokologi S. Frued yang mulhid diadaptasi oleh Malik Badri sehingga menghasilkan satu pendekatan psikologi Islam yang popular.

Kesimpulannya, jika teoritikal framework kita jelas maka rujukan silang dengan buku dari tradisi lain bukan satu masalah malah memberi banyak nilai tambah.

Ya, satu isu akan timbul, bolehkan pelajar-pelajar kita yang masih di awal proses sintesis keilmuan mereka membedakan antara ilmu yang benar dengan pseudo-ilmu/ilmu palsu?. Dalam konteks perpustakaan kita mungkin cadangan ini boleh dilaksanakan.

Saya cadangkan buku-buku seperti ini jika diletakan dirak terbuka wajar diberi satu tampalan notis di halaman dalam ataupun stemping yang berbunyi:
”PELAJAR MUSLIM YANG INGIN MERUJUK BUKU INI DINASIHATKAN AGAR LEBIH BERHATI-HATI”

Bolehkah dari segi profesyen dan etika pustakawan berbuat begitu?

Selasa, 23 September 2008

Suara hati

...tentang saya dan I.S.A....

When the Nazis came for the communists,
I remained silent;
I was not a communist.

When they locked up the social democrats,
I remained silent;
I was not a social democrat.

When they came for the trade unionists,
I did not speak out;
I was not a trade unionist.

When they came for the Jews,
I remained silent;
I wasn't a Jew.

When they came for me,
there was no one left to speak out.

It's a poem by Martin Niemoller (1892–1984)


Ya, suara fitrah semua orang mahukan keadilan, menentang penganiayaan dan ingin membela mereka yang tertindas.
Banyak sudah diperkatakan tentang rasional ISA dan banyak juga suara-suara hati hatta dari golongan pemerintah mahukan satu akta beberbentuk baru. Jika penggubalan akta ini asalnya untuk memblokir aktiviti pengganas, rasionalnya ada untuk kita punyai akta serupa supaya militan yang akan mengebom sana sini tidak dapat bermaharajalela. Tapi bagaimana kita boleh mendapat semuanya tanpa mengorbankan hak kebebasan insan. Disinilah letaknya inilah peranan kuasa legalistik (ahli-ahli Parlimen), mereka harus turun ke akar umbi dan mendapat pandangan masyarakat yang mereka wakili tentang akta lama dan bagaimana akta baru sepatutnya.
Salam persaudaraan untuk RPK dan keluaraga. Bersabarlah terhadap dugaan ini.

Khamis, 4 September 2008

Pak Samad kembali ke rahmatullah

Tan Sri Samad Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad telah kembali ke rahmatullah pada 4/9/08 hampir jam 6 petang. Al Fatihah ..........(mari kita bacakan fatihah dan dihadiahkan kepada beliau).....

Saya tidak kenal Pak Samad secara peribadi tetapi telah "mengenali" beliau sejak zaman sekolah menengah lagi. Ia berlaku melalui novel beliau "Patah sayap terbang jua". Walaupun bukan sebuah autobiografi tetapi karier, tribulasi, sikap dan prinsip beliau tercerna kuat dalam novel ini. Sikap anarkis/bebas beliau digambarkan dengan kuat dalam novel ini.Latar sosial dan etika zaman pendudukan Jepun memberi kefahaman kepada saya tentang novel Salina karya Samad Said, juga tentang filem-filem P Ramlee dengan setting kehidupan zaman pra dan pasca merdeka.

Tahun-tahun kemudiannya saya "diperkenalkan" kepada Pak Samad melalui karya-karya kartunis Lat. Rokok yang berganti puntung dan bahasa-bahasa kesat (seperti guru beliau -Kajai) antara ciri yang membezakan beliau dari yang lain. Sikap anarkis dan non konformis tokoh kewartawanan Melayu+Malaysia ini jelas sepanjang zaman.

Pak Samad melalui zaman-zaman sukar baik masa jepun, masa British malah pernah ditahan di bawah ISA hingga 1981 atas sebab yang tak sangat nampak jelas. Selepas bebas ia kembali menasihat dunia kewartawanan tersutama di NST.

Saya hanya benar-benar jumpa dengan Pak Samad dalam beberapa kali di Masjid UIA PJ lebih 10 tahun dahulu. Dia kerap berjemaah di sana terutama bulan Ramadhan.Inilah masjidnya- kerana itu jenazahnya akan disembahyang di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan tak jauh dari situ. Pak Samad yang saya jumpa ketika itu telah bersara dan sangat santai dan selalunya dekat tiang dan jika diluar masjid selalunya dengan rokok di tangan. Kisah Pak samad dan rokoknya antara anekdot-anekdot yang menarik kepada sesiapa saja yang berjumpa dengannya.

Tahun 2008 Pak Samad bagaikan "bapak" saya jua. Blog anak beliau dengan kolum khusus tentang Pak Samad menjadikan saya hampir dengan Pak Samad dan Kak Ena (panggilan bloger terhadap anak Pak Samad ini). Selain menjengah tulisan tajam Kak Ena, saya tak akan terlepas membaca "Tuesdays with bapak". Ketika beliau dimasukan ke hospital pantai dan Kak Ena selalu update kondisi beliau, maka setiap kali saya mula berhadapan dengan komputer saya akan menjengah keadaan "bapak" Sehinggalah saya mendapat berita mengenai kematian beliau melalui blog Rocky's Bru.
Belangsungkawa untuk Kak Ena dan keluarga. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham

Isnin, 1 September 2008

bijak

Minggu lalu kawan saya menghadiahkan buku baru mengantikan buku yang dah 2 tahun dipinjamnya- Risalah untuk kaum muslimin karya Syed Naquib al-Attas.
Buku ini dimenarik dari beberapa aspek, 1. manuskrip buku terawal Prof Naquib tetapi hanya terbit 20/30 tahun selepas ia ditulis. 2. Sepekara lagi yang menjadikan buku ini menarik ialah proses penghasilannya. Bicara lisan oleh Prof ini disalin oleh pembantunya dan dijadikan buku. 3. Bab-bab dalam buku ini kemudiannya dikembangkan menjadi buku hebat Prof Naquib yang lain.

Catatatan kenangan oleh kawan saya membuatkan saya terkesima dan teruja. "Kita jangan merasa bijak, tetapi kita hendaklah bijak merasa". (sepatutnya "berasa" bukan "merasa"). Ini satu falsafah epistimologi yang boleh dihaluskan lagi.

Sebulan kebelakangan ini saya terkesan dengan fitnah internet yang melanda sahabat-sahabat jauh dan dekat. Mungkin falsafah ringkas ini patut direnungi oleh orang-orang yang berasa mereka bijak dan dibuai kehebatan kerana blog dilayari melebihi sejuta. selalu-selalulah bijak berasa.

Ahad, 6 Julai 2008

Untuk Mahasiswa Saya

Selamat mengikuti kursus CTU 553 - Hubungan Etnik. Insyaalah semua maklumat berkaitan kursus ini akan di upload di tetingkap kursus maya ini.

Peranan saya ... Walaupun saya pensyarah bagi kursus ini tetapi saya melihat peranan saya lebih luas. Saya tidak akan mengulang, apatah lagi memuntahkan apa yang sedia ada dalam modul Hubungan Etnik yang mesti saudara/i miliki. Setengah aspek dalam kursus ini telah diikuti lewat kursus sejarah di peringkat sekolah dan (mungkin) dalam kursus PLKN yang setengah daripada anda ikuti.

Sebagai pensyarah bagi kursus ini , saya melihat peranan saya ialah untuk memberi input-input yang akan memberi nilai tambah kepada seorang graduan IPT. Lantaran itu saya akan lebih banyak membawa anecdote, review dan komentar-komentar seputar kursus ini. Semua ini bagi saya adalah litt. review atau kosa ilmu/kajian keperpustakaan yang akan memantapkan keintelektualan seseorang.

Selamat mengikuti kursus ini.