Isnin, 31 Mac 2008

Koleksi saya

Ketika bermastautin selama 10 tahun di Terengganu saya berkesempatan bertemu dengan seorang seniman Melayu sejati. Dia adalah pemuzik, antara beberapa orang yang boleh dibilang dengan jari di Terengganu yang terbaik bermain serunai silat, pemain gendang anak dan juga gendang ibu, peniup seruling yang tiupannya meruntun jiwa. Dia tukang rumah dan juga seorang pengukir dan tukang/pandai besi. Ketelitiannya terselerlah ketika mengukir sarung pisau dan golok dan menempa mata pisau.
Selalunya seniman Melayu dikatakan hanya seorang peniru(?); membuat semula karya yang mereka pelajari dari seniman awal, tetapi tidak dalam kes seniman ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan dia juga seorang inovator. Hasil kerjanya seperti mesin menarik gewang(lure) yang kini sangat popular di kalangan nelayan menangkap tenggiri di laut China Selatan adalah inovasi yang mengkagumkan dari bahan-bahan kitar semula.
Saya sempat mengumpul beberapa pisau atau golok yang sarungnya dan ada yang matanya juga ditempa oleh seniman muda ini. Pisau inilah yang selalu saya gunakan dalam majlis-majlis Qurban dan aqiqah. Di paparkan di bawah antara beberapa koleksi hasil kerja seniman ini dan saya akan cuba memuatkan semua dalam blog ini beransur-ansur.
Saya juga bercita dan berharap seniman muda ini dapat dijadikan seniman tamu di mana-mana yang sesuai untuk ia mengembang dan menyebarkan kemahiran seninya

Filem Fitna

Sungguh, saya tak rasa filem ini penting dari segi kandungan tetapi bagi saya ia penting dalam konteks hubungan dunia/umat Islam dengan dunia Barat/Kristian.
Kepada mereka yang belum preview dan nak tahu filem ini tentang apa, sesungguhnya memadai jika membaca rencana tentang "fitna" dalam Wikipedia.
Dalam hiruk pikuk NGO dan organisasi politik mengkritik pembikinnya Geert Wilders, saya meluangkan masa menontonnya dalam Youtube. Ia hanyalah sebuah dokumentari yang mesejnya tidak jauh berbeza dari idea-idea Salman Rushdie ,Hirsi Ali dan lain-lain. Cuma kali ini ia dalam bentuk audio visual dan diwar-warkan ala-ala filem Hollywood berbulan sebelum ia dilancarkan.
Gaya persembahannya ala-ala tekstual study; bersandarkan kepada ayat-ayat al Quran, seolah-olah ia berasaskan fakta-fakta sahih. Tetapi beberapa hari ia ditayangkan pelukis kartun Denmark mendakwa G. Wilders menciplak hasil usahanya. Begitu juga seorang wartawan yang menemubual Theo Van Gogh, pembikin filem yang dibunuh ekstremis, mendakwa hasil kerjanya diciplak Wilders.
Mesej Wilders seperti propagandis dan orientalis anti Islam lain sangat klise (sedia maklum) iaitu Islam dipotretkan sebagai agama yang tidak bertoleransi terhadap penganut agama lain, Islam anti simetik/Yahudi, Islam (seperti yang di ajarkan di Belanda) tidak sesuai dengan zaman dll.
Pendapat saya...Ya saya setuju filem ini adalah fitnah kepada Islam. Cuma dalam menangani isu ini saya tidak seghairah aktivis yang lain. Mungkinkah saya dah tidak se energetik dulu?. Tetapi my conscience in very clear, filem itu adalah tindakan yang bodoh tolol dan sombong Wilders.
Tetapi saya tidak fikir memboikot dan konfrantasi berdepan memberi faedah kepada kedua-dua pihak; Islam dan Kristian. Saya lebih percaya dialog secara terbuka dan berdasarkan ilmu antara tamadun dan agama adalah penyelesaian terhadap kemelut ini. Wilders dan mereka yang sewaktu dengannya akan terus muncul dan mungkin medianya akan lebih canggih.
Episod Fitna ini juga menuntut orang Islam menjangkau media-media popular termasuklah internet untuk menyatakan idea dan sikap mereka.

Ahad, 30 Mac 2008

Sejarah tidak menipu

I.
Mereka yang tidak menghiraukan sejarah akan dihukum oleh sejarah. Kenyataan ini bukanlah over sangat. Ia sangat tepat jika definisi sejarah itu diperluaskan. Melalui beberapa catatan terdahulu saya cuba membawa perspektif sejarah total aliran Braudel.
Sejarah iaitu termasuklah semua pencapaian dan kemajuan sesebuah masyarakat sangat sesuai dipadankan dengan isu-isu kegemaran saya dalam Malaysiana. Bagaimana aplikasinya?

Ahad lepas ketika berjalan-jalan di Pasar Tani Shah Alam saya bersemuka dengan agen produk-produk kesihatan seksual Dr Ismail Tambi. Agen ini mengeluh kerana orang Malaysia malu untuk membeli produk-produk sedemikian secara langsung malah menghampiri gerainya sahaja puas tengok kiri kanan - mungkin takut dianggap sex maniac. Namun penjualan melalui pos dan internet sangat laku. Dalam melayan berbual, penjual itu cuba menjual "cincin kanda" yang katanya produk popular Dr Ismail. Yang terbaru ada semacam ball bering pada cicncin berkenaan .
Lalu saya menceritakan kepadanya satu aspek dari sejarah total. Dalam buku Anthony Reid, Land below the wind, penulisnya menceritakan tentang budaya seksual masyarakat Asia Tenggara, dan rupanya masyarakat Thailand kuno telah mempraktikkan beberapa ciri cincin kanda itu. Saya akui produk itu ada sejarahnya dan wajarpun laku.
Sejarah tidak pernah menipu.

II
Apa yang sebenarnya terbuku dalam jiwa saya selepas saya warwarkan sejarah total ini ialah konsep sejarah mengikut Ibn Khaldun yang saya kesali tidak saya dalami. Perbincangan tentang Ibn Khaldun dalam Seminar anjuran Maufakat di IIU minggu lepas sangat menyentuh jiwa. Orang Islam yang melupakan Ibn Khaldun tetapi mengaggungkan sarjana "luar", apakah citra mereka?. Sejarah tidak pernah menipu!

Khamis, 20 Mac 2008

Perlembagaan

Dalam satu program mahasiswa yang baru lalu, YTM Raja Nazrin Shah berkata
"...The Constitution is the supreme law of the land and guarantees the rights of every Malaysian. Get a copy of the Federal Constitution and read it..."
Walaupun memang tidak tersangkal bahawa ramai generasi muda hari ini tidak memahami perlembagaan malaysia apatah lagi menghayatinya, namum generasi "tua" juga ramai yang buta perlembagaan. Perkembangan politik selepas PRU baru-baru ini menyerlahkan lagi kejahilan ini bahkan dalam kalangan YB yang sepatutnya antara kerja mereka ialah mengubal undang-undang juga jahil murakab tentang undang-undang Malaysia.
Contohnya ialah tentang sebesar mana kuasa raja dalam melantik MB. Walaupun raja tertakluk pada nasihat majlis mesyuarat kerajaan negeri (seperti yang termaktub dalam jadual 8) Perlembagaan persekutuan, namun dimaktubkan juga bahawa raja boleh menggunakan budi bicara mereka melantik MB dari kalangan YB yang mendapat sokongan majoriti anggota dewan. Oleh itu apa yang berlaku di Perlis tidak melanggar peruntukan yang ada. Mungkin isunya ialah amalan biasa yang sepatutnya diikuti iaitu YB yang sokongan PM biasanya akan dilantik, telah tidak ikuti.
Dalam kemelut di Terengganu cerita sebenar masih tak jelas. Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa raja yang dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong tidak boleh mencampuri hal merajai negerinya kecuali dalam soal hal ehwal agama. Ini memang termaktub dalam Perlembagaan. tetapi cerita sebenarnya apa?. Adakah tiadanya perlantikan MB walaupun dah 2 minggu pilihanraya adalah kerana tidak perkenan Agong (kerana Pemangku Sultan baru sekolah rendah) atau politik dalam Majlis Penasihat Pemangku Raja atau apa?. Ataupun ketidaksukaan terhadap calon MB yang diwar-warkan memang dapat dibuktikan dengan bukti-bukti sahih. Kenyataan AG terlalu awal . Jika benar ada campur tangan sultan maka jika tiada yang mengalah akan berlakulah krisis perlembagaan. Dalam sejarah Malaysia , Raja tak pernah kalah bila berlaga dengan MB. MB yang selalunya mengalah seperti MB Perak dan MB Pahang yang berundur selepas seketika standoff dengan sultan negeri masing-masing .

Berbalik kepada pentingnya memahami perlembagaan, taklah susah sangatkah nak memahami perlembagaan Malaysia. . Perlembagaan Malaysia telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Terjemahan asal oleh Tun Suffian dan walaupun belum digazet sebagai terjemahan sah perlembagaan Malaysia dari teks asal yang berbahasa Ingeris, namun ia mudah difahami. Buku klasik oleh Tun Suffian Memahami Perlembagaan Malaysia sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris (bulan lepas dilancarkan edisi baru buku ini) adalah syarah yang lengkap untuk memahami perlembagaan Malaysia.
Fahamilah Perlembagaan, dan anda akan tahu hak anda dan juga hak orang lain.

Khamis, 13 Mac 2008

Sejarah berulang

Saya tidak menulis dalam blog ini beberapa minggu lepas kerana isu utama sekitar dua minggu lepas ialah tentang pilihanraya. Saya bukan penganalisa politik, seperti yang didakwa ramai orang sekarang untuk membolehkan mereka muncul dalam media-media terutama TV, tetapi saya meminati politik, apatah lagi ketelusan dan moral berpolitik dalam politik nasional.
Hasilnya saya hanya banyak melayarai internet kerana dahagakan maklumat piliharaya yang gagal diberikan oleh media arus perdana. Laman dan bog-blog popular benar-benar menyibukan saya untuk mengunyah dan menganalisa idea-idea orang lain.

Pilihanraya sudah tamat dan pilihan rakyat telah jelas; dan lagi bersuluh!
Banyaklah personaliti sour grape muncul dengan teori pilihanraya dan remedi kepada pihak yang kalah.
Antara yang lantang tentulah Tun Mahathir. Dengan penuh hormat akan kebolehan dan jasa beliau, saya juga tidak boleh mengabaikan dan lupa apa yang di tulis oleh Tunku Abdul Rahman (Looking Back 1977) tentang Tun Mahathir.
...Kata Tunku (terjemahan bebas saya) .... Apabila Penjajahan jepun berakhir, Md Segara ingin sangat-sangat menjual bukit Choras kepada saya. Saya memberitahu dia saya tidak mempunyai wang, tetapi jika dia mahu menerima satu bendela (gulung) kain putih sebagai ganti duit bolehlah saya membelinya. Dia bersetuju dan dengan menukar satu bendela kain putih ( yang sangat berharga ketika zaman Jepun - terutama untuk mengkafan mayat. pertj.) saya mendapat sebuah bukit kecil dengan keluasan 4 1/2 ekar.
Kemudian saya membina sebuah buglow kecil dan menanam pokok buah-buahan yang masih ada sehingga hari ini. Tetapi dalam pilihanraya tahun 1969, Calon UMNO untuk Kota Setar Selatan telah kalah kerana hilang sokongan pengundi tempatan. Saya memutuskan menjual bukit itu dan tidak mahu ke sana lagi. Saya memang tidak pernah menjejak kaki ke tempat itu lagi.
Orang yang bertanggungjawab menyebabkan saya kehilangan bukit saya itu ialah Dr Mahathir bin Mohamed Iskandar (Tuanku 1977;hal. 277).

Kekesalan Tun Mahathir dan kelantangannya menuntut Pak Lah berundur ialah ulang tayang kekecewaan Tuanku terhadap Tun Mahathir.

Benarlah kata penyair dulu (dipetik dari Al Attas 1972) ....Sifat sejarah, menurut orang; ibarat pentas bermain wayang; Cheritera lampau dihurai dalang; pabila tamat tammat segera diulang.