Ahad, 4 Januari 2015

semangat mencatat

Terima kasih Dato Nurhalim yg mendorong saya untuk terus mencatat. Insyaalah saya akan usahakan.

Selasa, 12 Julai 2011

Pisau


Ketika mencari beberapa gambar lama yang saya pernah ambil saya terjumpa gambar pisau dengan sarung yang dibuat oleh En Ezam(Pak Choh) Kg Sura, Dungun. Saya mencari gambar-gambar ini dulu untuk menguatkan tesis saya pisau adalah senjata dan barang milik orang Melayu kebanyakan dan bukannya keris!

Ahad, 27 Mac 2011

lama saya tidak mencoret di sini. Padahal Goneng dah terbitkan bukunya yang baru; AMoT.



Selasa, 15 Jun 2010

Buah tangan dari Konya, Turki

kekejaman Israel

Kekejaman israel tidak pernah reda. Dalam khutbah jumaatnya, khatib Masjid Bera, Konya Turki, menyebut insiden di luar pantai Gaza adalah bukti sebuah negara yang tidak mementingkan langsung kemanusiaan dan pembunuhan 9 warga Turki di atas kapal Mavi Marmara adalah testimoni karamnya kemanusiaan di laut berkenaan.


Foto di atas adalah majlis solat jenazah lapan syuhada di Masjid Fatih, Istanbul Turki.

Sekelumit sokongan saya ialah saya berada dalam lautan manusia ini sama-sama menunaikan solat jenazah yang berbetulan dengan lawatan sambil belajar dan seminar Bediuzzaman Said Nursi di Turki dari 1 - 10 Mei 2010 lalu.

Selesai solat bergema sorakan kahrolsun Israel (jahanam/hancur Israeal). ...Insyaalah

harga minyak

Dulu saya pernah menceritakan kegusaran penduduk Kg Bantal kerana kenaikan harga minyak. Apabila saya ke Kemboja bulan Mac 2010 lalu saya terkejut kerana harga minyak di sana lebih RM4.00 seliter. Tak hairanlah motosikal dan tut tut yang sangat inovatif menjadi pilihan penduduk sana.Keadaan yang hampir sama juga berlaku di Vietnam, harga minyak sekitar RM3.80, maka banyaklah motorsikal di jalan raya mereka. Namun lebih sistematik berbanding Kemboja. Apabila saya di Turki saya lagi terkejut kerana harga minyaknya ialah RM8.00 seliter!.
Adakah kita di Malaysia lebih beruntung ataupun inilah gambaran ekonomi dunia yang tidak adil?

Selasa, 6 April 2010

Nota CTU 553

Saya telah upload ringkasan pelajaran CTU 553 (capaiannya melalui tetingkap Kursus Maya di sebelah).
Tujuan ringkasan berkenaan adalah untuk anda memahami bingkai/framework kursus ini. Namun saya suka menekankan di sini bacalah modul HE kerana ia akan membantu anda menjawab peperiksaan dengan lebih baik khususnya soalan objektif yang sangat mencapah itu.