Isnin, 28 April 2008

Kiri yang bukan lagi kiri - Belangsungkawa untuk Keluarga Rustam Sani

I

Ketika zaman kanak-kanak hinggalah awal remaja saya selalu keliru dan lambat memberi tindakbalas jika disuruh menentukan antara kiri dan kanan. Beberapa peristiwa lucu dan juga memalukan berlaku kerana response keliru saya tentang kiri dan kanan ini. Pada awal tahun 70'an dalam satu pertandingan menghafal RukunNegara, saya benar-benar malu kerana ketika pertandingan orang lain menggangkat tangan kanan sedangkan saya menggangkat tangan kiri. Satu dewan mentertawakan saya bila saya tersilap mengangkat tangan. begitu juga pada hari angkat nikah saya pada ? bulan 8 tahun 1987 saya menyebabkan seluruh rombongan pengantin lelaki tersilap jalan kerana apabila sampai diselekoh saya menyuruh kawan saya Azhari yang memandu mengambil selekoh kanan sedangkan maksud saya adalah kiri. Ketika zaman Universiti kekeliruan ini tidak berkurang sehingga menjadikan saya terlalu berhati-hati untuk menentukan kanan atau kiri. Formula mudah ialah kanan ialah tangan yang memakai jam! - yang mungkin sesuai untuk saya sahaja. Kamus dewasn edisi-edisi awal juga tidak mendefinisikan dengan jelas kiri dana kanan ini. Mengikut Kamus Dewan " Kiri = adalah lawan kepada kanan".



II

Hari sabtu 26/4/08 saya menghadiri majlis pelancaran buku dan mengenang Alahyarham Rustam Sani di Perpustakaan Tun Uda Shah Alam. Majlis ini dihadiri oleh ramai rakan-rakan beliau terutama yang mengenali beliau melalui kelab sosialis UM. Mendengar ucapan Husin Ali, Hishamuddin Rais dan nostalgia mereka terhadap kelab sosialis membuatkan saya terasa dalam majlis orang-orang kiri. Ucapan sederhana Anwar yang memberi review terhadap buku Rustam dan ketokohan Rustam seolah-olah cuba mencairkan kekirian Rustam dan meletakan pemikiran politik Rustam seiring dengan nilai-nilai universal yang patut didokong semua. Bagi setengah orang, kiri bukan lagi satu konsep politik yang ideologikal tetapi lebih merupakan satu sejarah persekitaran.



III

Kiri yang bukan lagi kiri

Perkembangan selepas PRU 12 menjadikan orang-orang yang dulu dianggap kiri kini bukan lagi kiri. Dengan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh 3 entiti besar dan salah satu entitinya, PKR -yang sebahagian besarnya digerakan oleh orang-orang yang terkenal kiri maka konsep kiri dan kanan seolah-olah bukan lagi satu isu. Tetapi saya tidak boleh memendamkan perasaan saya bahawa orang kiri tetap kiri dan mereka ideologikal!. Walaupun insyaalah tidaklah sampai menjejaskan aqidah tetapi pemikiran politik, persepsi terhadap unsur-unsur tradisi; eg. agama, budaya dan bangsa, adalah liberal dan moden yang akan anti tradisi.
Untuk bersangka baik, saya tidak menafikan mungkin persepsi saya salah dan tidak representatif dan mungkin rentetan dari kekeliruan "kiri dan kanan"yang terbawa-bawa.

Ahad, 20 April 2008

blue ocean dan belalang yang ingin menjadi helang

Walaupun buku blue ocean strategy telah agak lama tetapi nampaknya kembali dipopularkan malah di UiTM minggu lepas ada program tentang mauduk ini. Blue ocean ini sekarang agak popular terutama di kalangan ahli strategis dan juga ekonomis.
Tidak dapat dinafikan ia mungkin juga relevan dalam dunia akademik, iaitu mencari bidang apa yang nak difokus atau buku bagaimana yang nak ditulis. Dan bidang-bidang ini masih baru sehinga akhirnya kita yang menjadi pakar dalam bidang berkenaan. Idea pokok tentang blue ocean ini tidak lari jauh dari perumpamaan helang dan belalang yang saya telah sentuh dalam tulisan saya dahulu.

Sebagai maklumat awal tentang apakah blue ocean ini disertakan satu petikan sebagai rujukan.

...The Blue Ocean Strategy is a business strategy about capturing uncontested market space, thereby making competition irrelevant. It's also a book written by Professor W. Chan Kim and Professor Renée Mauborgne.
The "oceans" refers to the market or industry. "Blue Oceans" are untapped and uncontested market, which provides little or no competition for anyone who would "dive" in, since the market is not crowded. "Red Ocean" on the other hand, refers to a saturated market where there are fierce competition, already crowded with people (companies) providing the same type of services, producing the same kind of goods.
The idea is to do something different from everyone else, produce something that no one has yet seen, thereby creating a "blue ocean".
Some examples of companies that created the "Blue Ocean":
Cirque du Soleil (unique circus format), Gmail (tons of email storage space for free) and Nintendo Wii (first portable game console with movement sensor devices for gaming)...

Maknanya, jika di padang yang tiada persaingan, belalang akan nampak seperti helang dan jika di padang yang banyak helang, helang yang kecil hanya nampak seperti belalang.

Rabu, 16 April 2008

salah tafsir

Acap kali sangat saya berjumpa dengan kekeliruan penafsiran ini sehingga saya terpanggil untuk memberi pandangan tentang penggunaan pribahasa " Tepuk dada tanya iman". Ungkapan asalnya ialah " tepuk dada tanya selera". Maka ramailah menukarnya kepada "... tanya iman" mungkin dengan andaian ia lebih molek dan islamis.

Saya tertanya-tanya adakah masyarakat dahulu begitu naif sehingga membina satu peribasa yang salah.
Saya membelek kamus, rupanya kita yang silap. Maksud "selera" dalam peribahasa itu sebenarnya ialah "badan". Maknanya; jika kita menepuk dada (biasanya untuk menunjuk kuat) kita hendaklah bertanya mampukah selera iaitu badan kita berlawan.

Rabu, 2 April 2008

Buku -Kongsi Gelap Melayu


Dalam sejarah Malaysia, kongsi gelap selalunya sinonim dengan etnik Cina. Kumpulan Ghee Hin dan Hai San antara dua kumpulan kongsi gelap yang sangat berpengaruh dalam abad ke 19 dan 20. Abdullah Munshi juga memberikan naratif yang sangat menarik tentang penyamarannya ke satu sarang kongsi gelap dalam abad ke 19.

Kongsi gelap Melayu hampir tidak pernah di ketahui sehinggalah muncul sebuah buku oleh Mahani Musa (2003) Kongsi Gelap Melayu: Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940an, terbitan MBRAS.

Buku yang memenangi anugerah Mubin Sheppard 2003, memang menarik kerana ia memaparkan satu sisi masyarakat Melayu yang jarang dibincangkan. Kewujudan kumpulan ini berbagai, ada yang kiri dan ada yang kanan; dikenali sebagai bendera putih dan bendera merah . Pengaruh kumpulan agama dalam kongsi gelap ini juga agak ketara. Malah boria yang mula bertapak di Pulau Pinang tidak terlepas dari pengaruh kingsi gelap.


bersambung.....

Selasa, 1 April 2008

Munajat untuk Suffiah


Saya tidak boleh menahan diri saya menyentuh isu ini walaupun ia boleh dilihat secara simplistik. Contohnya; dia wanita yang mengalami psikologi breakdown, atau wanita yang telah hilang akal. Alert dari Internet tentang isu ini memaksa saya memikir kembali dan membuat resolusi untuk diri saya yang juga adil bagi wanita ini.



(Disebelah adalah gambar perkahwinan sufiah dengan bekas suaminya yang kini menjadi muslim (yg komited) dan berkerja di Saudi.






Doa terbaik dari Ma'thurat yang perlu jadikan amalan antara lain; memohon Allah tidak membalik-balikkan hati kita dan jangan kita dipikulkan dengan ujian yang kita tidak mampu menanggungnya. Semoga Allah memberi lorong cahaya agar yang sesat akan nampak arah untuk kembali ke jalan yang benar.

Jika Rabiaatul Adawiyah daripada perempuan "GRO" boleh menjadi ahli sufi, dengan kehendak Allah semoga Sufiah menjadi "sufiah".