Isnin, 25 Mei 2009

Islamophobia

Islamophobia


Saya telah diajukan satu soalan iaitu apakah faktor-faktor berlakunya islamophobia di kalangan bukan islam dI Malaysia.

Saya belum pernah menulis isu ini lagi walaupun saya pernah berfikir secara serius tentangnya. Satu isu yang memang menarik lalu saya ingin meneka-neka. Mungkin satu dua idea di bawa boleh dikongsi bersama.

Islamophobia boleh didefinisikan secara ringkas sebagai prejudis terhadap Islam. Kesannya ialah diskriminasi terhadap agama, budaya dan hak-hak asasi orang Islam terutama di kawasan di mana umat Islam adalah minoriti.

Saya melihat Islamopobia ada kaitan dengan persepsi negatif terhadap Islam yang telah tertanam sejak sekia lama dan menjadi lebih jelas selepas peristiwa 11 September.

Antara Puncanya;
i. Persepsi negatif orang bukan Islam terhadap kepercayaan dan amalan feqah (apa yang halal dan apa yang haram) yang terima dan diamalkan oleh umat Islam.
ii. Isu kedudukan wanita dalam Islam yang di lihat oleh orang bukan Islam sebagai menindas
iii. Kemunculan golongan fundamentalist yang militan; dan golongan ini dilihat hanya mendokong satu matalamat iaitu menghapuskan orang bukan Islam!
iv. Kebangkitan kuasa politik Islam (seperti Iran dan Turki) dan kekuatan ekonomi negara-negara Islam (seperti negara pengeluar minyak).

Melihat susastera (litt.) sedia ada saya percaya konsep ketuhanan bukan sangat isu yang menyebabkan orang Islam takut kepada Islam. Malahan orang bukan Islam umumnya tidak mempertikaikan konsep ketuhanan Rububiyah – iaitu Tuhan sebagai Penguasa dan Pencipta alam. Hanyasanya mereka tidak mahu menerima bahawa adanya allah yang satu-satunya wajib di sembah dan dipatuhi.

1 ulasan:

Al hikmah berkata...

Saya setuju dengan apa yang di sebutkan. Saya cuma tertarik dengan ulasan ust hasrulrizal (saifulislam) yang mana menyatakan perkembangan peristiwa 11 sept telah membawa satu impak yang besar kepada masyarakat di luar negara yakni yang membenci Islam semakin membenci Islam, tak kurang juga yang semakin menerima Islam yang akhirnya memilih Islam sebagai panduan hidup mereka. Sedangkan perkara ini tidak berlaku di negara kita. Kalau boleh buatlah artikel beza Islamophobia di MAlaysia dan luar negara.