Sabtu, 22 Disember 2007

Resepi kampung

Sempena raya korban banyaklah daging korban diedarkan sekeliling kampung. Daging korban yang banyak ini sayangnya tak dimanfaatkan sebagai sumber protein yang baik. Bahkan ia dimakan dengan penuh prasangka - akan meningkatkan darah tinggi etc. Banyak resipi dulu-dulu menjadikan daging sebagai elemen masakan yang penting tetapi di randau dengan bijak sehingga diyakini oleh orang yang memakannya sebagai tidak berisiko tinggi. Salah satu masakan yang popular ialah gulai cair di tambah dengan rebung masam. Kandungan santan dikurangkan dengan banyaknya dalam resepi ini, rebung yang masam dirandau untuk memberi rasa masam dan juga sekaligus sebagai sayuran. Arwah bapa saya akan makan beberapa biji belimbing besi selepasa makan daging yang banyak; katanya potong lemak. Mungkin betul. Bukankah lebih sihat gitu..?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

~apa beza gulai cair dengan gulai lain??
~betul ke belimbing besi boleh potong lemak??kalau ya..rugi masa tu saya x makan.....boleh potong lemak gak..
satu lagi soklan...
~selain dari darah tinggi apa lagi kesannya?(nak cuba buang tabiat makan daging banyak sangat..)
tu sajelah...letih menaip..
(",)sekian,terima kasih(",)