Jumaat, 28 Disember 2007

Dari River Kwai ke Sungai Temboh

Karya autobiografi dari orang kebanyakan memang jarang kita ketemui. Tradisi penulisan yang berkisar dalam kalangan istana telah sekian lama mendominasi susastera Melayu. Sulalatus Salatin yang terkenal itu lahir dalam tradisi istana.
Buku yang saya bicarakan ini menghampiri 500 halaman dan ditulis oleh seorang biasa. Penulis asalnya Halimi Ibrahim anak kelahiran Perak dari keturunan Talu Sumatera, menyiapkan manuskrip yang bertulis tangan tentang pengalaman hidupnya bermula dari sebuah kampung di Perak sehinggalah ia menempuh dugaan yang maha hebat sebagai buruh sukarela (bukan paksa) membina jambatan merentangi sungai Kwai di sempadan Siam -Burma. Manuskrip yang siap disalin beliau beberapa bulan sebelum beliau di bunuh oleh Bintang Tiga ketika zaman dharurat. Manuskrip ini ditransliterasi oleh Daruis Lidin dan diterbitkan dengan kerjasama Yayasan Aminudin Baki dan Persatuan Sejarah Malaysia. ....bersambung

Rabu, 26 Disember 2007

Sejarah kecil dan sejarah besar

Sejarah secara konvensionalnya ialah sejarah politik; iaitu sejarah tentang jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Pendekatan yang lebih menarik kini ialah aliran Fernand Braudel yang menjadikan semua aspek budaya dan cara hidup manusia sebagai sejarah. Ini termasuklah tentang tempat tinggal, amalan pemakanan, tempat tinggal hatta cara gaya kehidupan seksual. Menariknya sejarah bukan lagi sejarah golongan elit dan dicipta oleh orang besar-besar. Semua kita ialah pelaku atau pencipta sejarah. Sejarawan besar seperti K.N Chaudhuri yang menulis tentang sejarah India dan Anthony Reid yang menulis tentang sejarah negeri di bawah angin, antara penulis yang menghasilkan sejarah total yang lebih menarik untuk dibaca.
Sejarawan biasanya orang-orang yang bernama besar, tetapi sebuah buku baru yang diselenggra oleh Daruis Lidin, Dari River Kwai ke Sungai Temboh adalah antara karya menarik yang ditulis oleh orang kecil; Halimi Ibrahim tentang sejarah yang sangat besar. Malaya sebelum pendudukan Jepun, zaman pendudukan Jepun dan pra merdeka. Menarik. Insyaalah review nya akan menyusul

Ahad, 23 Disember 2007

jimat masa

Hari ini aku membawa anakku utk membayar yuran pengajiannya. Mekanisme sekarang tentulah lebih canggih iaitu yuran dibayar di bank tertentu; bank Islam. Sampai saja ke sana pukul 10 pg orang dah ramai. Ambil nombor 1188 sedangkan servis kaunter baru nombor 1108. Jika nak tunggu 80 orang lagi mahu sejam ke duajam lamanya. Jalan mudah yang ramai orang takut atau tak tahu nak guna ialah bayar melalui ATM. Semuanya boleh selesai dalam masa 5 minit. Mode pembayaran ini boleh digunapakai untuk bayar yuran hinggalah ke yuran tadika atau sekolah rendah . Ya jimat masa cuma perlu lebih ligat cari parking dan juga lebih mudah jika ada kereta yang kecil.

Sabtu, 22 Disember 2007

Resepi kampung

Sempena raya korban banyaklah daging korban diedarkan sekeliling kampung. Daging korban yang banyak ini sayangnya tak dimanfaatkan sebagai sumber protein yang baik. Bahkan ia dimakan dengan penuh prasangka - akan meningkatkan darah tinggi etc. Banyak resipi dulu-dulu menjadikan daging sebagai elemen masakan yang penting tetapi di randau dengan bijak sehingga diyakini oleh orang yang memakannya sebagai tidak berisiko tinggi. Salah satu masakan yang popular ialah gulai cair di tambah dengan rebung masam. Kandungan santan dikurangkan dengan banyaknya dalam resepi ini, rebung yang masam dirandau untuk memberi rasa masam dan juga sekaligus sebagai sayuran. Arwah bapa saya akan makan beberapa biji belimbing besi selepasa makan daging yang banyak; katanya potong lemak. Mungkin betul. Bukankah lebih sihat gitu..?

padang dan belalang

Kata sohabat saya; Jika kita di padang yang salah, helang yang kecil hanya nampak macam belalang. Manakala jika kita di padang yang betul; di mana tiada helang, belalang yang kecil akan nampak gah seumpama helang.

Walaupun ini hanyalah metafora ketimuran yang sederhana tetapi saya rasa maksudnya lebih besar dari konsep blue ocean vs. red ocean yang diwar-warkan sekarang.

P/s: saya ketagih menulis dalam blog yang baru saya create sebentar tadi. Insyaalah ia akan berterusan.

Randau

Randau bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu makanan untuk menjadikannya lebih sedap. Randau dari satu sisi yang lain ialah dialog. Hukama pula bermaksud kaum cerdek pandai atau filasuf. Konsep popular masa di U dulu ialah Ulil al Bab ataupun Raushanfikr. Insayaalah saya akan cuba merandau secara positif sesuai dengan misi dan visi saya.

Pengertian Randau & hukama

Randau bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu makanan untuk menjadikannya lebih sedap. Randau dari satu sisi yang lain ialah dialog.
Hukama pula bermaksud kaum cerdek pandai atau filasuf. Konsep popular masa di U dulu ialah Ulil al Bab ataupun Raushanfikr. Insayaalah saya akan cuba merandau secara positif sesuai dengan misi dan visi saya.